111

anda suka bace blog saya?

View Results
Create a Blog Poll

Isnin, 1 November 2010

TILAM TERBANG

Jalan Lingkaran Tengah 2
arah Kepong
24 Jul 2010
3-30 ptg

DSCN0702 Tragedi Tilam Terbang
Setelah beredar dari kes kemalangan di bawah, saya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Kuala Lumpur.

DSCN0710 Tragedi Tilam Terbang
Ketika hampir sampai ke Bulatan Batu Caves, saya terlihat sesuatu sedang berlaku di laluan sebelah.
DSCN0720 Tragedi Tilam Terbang
Saya amat pasti, ada kemalangan sedang berlaku.

Saya segera ke arah Bulatan Bt Caves untuk membuat pusingan ke arah lokasi kejadian.

DSCN0744 Tragedi Tilam Terbang

Dan ini sebenarnya yang berlaku – sebuah tilam dan sebatang kayu ‘terbang’ dari sebuah lori sampah, lalu menimpa seorang penunggang motosikal.

DSCN0713 Tragedi Tilam Terbang
Apa yang berlaku ini ialah kerana lori sampah terbabit tidak menutup muatannya dengan kanvas.
DSCN0700 Tragedi Tilam Terbang
Lilinorhayati Buchari, 19 tahun, cedera terjatuh dan nyaris digilis oleh kenderaan di belakangnya.
DSCN0701 Tragedi Tilam Terbang
Norhayati amat bernasib baik apabila kenderaan yang mengekorinya sempat berhenti hanya beberapa sentimeter darinya yang tergolek di atas jalan.
DSCN0705 Tragedi Tilam Terbang
Beberapa pengguna jalanraya segera membawanya ke tepi.
CIMG0673 Tragedi Tilam Terbang
Mangsa berada dalam keadaan trauma yang agak teruk dan terpaksa ditenangkan sebelum boleh bercakap.
hp Tragedi Tilam Terbang
Telefon bimbitnya pecah dan tidak dapat digunakan lagi.
CIMG0676 Tragedi Tilam Terbang
Saya lalu memberikan telefon bimbit saya untuk digunakannya untuk menghubungi ahli keluarga/rakan sekerja.
DSCN0727 Tragedi Tilam Terbang
Mangsa merupakan pekerja di sebuah stesyen minyak di MRR2 di Ampang.
DSCN0725 Tragedi Tilam Terbang

Pada mulanya Norhayati enggan ke hospital apabila saya mendapati banyak kecederaan di beberapa bahagian badannya termasuk kaki, lengan, bahu, dan pehanya.

CIMG0677 Tragedi Tilam Terbang

Bagaimanapun, saya tetap menelefon Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam yang mana akhirnya kira-kira 15 minit kemudian, sebuah ambulan dari Unit Sentul tiba di lokasi.

CIMG0681 Tragedi Tilam Terbang
Ketika dalam rawatan awal di lokasi, barulah mangsa merasa kesakitan yang amat sangat di beberapa bahagian badan.
CIMG0682 Tragedi Tilam Terbang
Norhayati kemudian dihantar ke Hospital Selayang.
Dan sebaik mengetahui bahawa seorang lelaki yang berada bersama di lokasi, adalah pemandu lori sampah itu, saya terpaksa memberikan ‘ceramah’ kepadanya.
DSCN0738 Tragedi Tilam Terbang

Lelaki Melayu berusia kira-kira lewat 50 han itu mendiamkan diri dan terpaksa saya katakan, bahawa nyawa manusia tiada gantinya dengan wang ringgit.

CIMG0668 Tragedi Tilam Terbang
Kerana kecuaian pihaknyalah yang sepatutnya boleh dielakkan, kejadian begitu berlaku.

Sebagai pengguna jalanraya, kita sebenarnya berada dalam situasi yang sentiasa berbahaya kerana gara-gara kesalahan pihak lain, kita boleh menjadi mangsa.

Oleh itu, awaslah, kerana malang itu memang benar-benar tidak berbau dan tidak disangka-sangka akan / boleh berlaku.

Dan bagi mangsa kemalangan jalanraya, walaupun mungkin anda tidak terlihat/ternampak kesan kecederaan luaran, anda seharusnya merujuk kepada hospital kerana kesan hentakan/terjatuh, boleh mendatangkan kecederaan dalaman yang tidak kita ketahui.


2 ulasan:

ChekDi berkata...

ish3..sekbek xkena langgar keta kt blakang..
tgk paper arini..ada laki 2 hancur kena lenyek keta2 kt blkg..xcdent kt MRR2..ngeri2..

Kdg2 kita dh wak abeh berhemah dh..tp org len lak xberhemah..naseb2

aanie berkata...

ish...kecuaian org lain, tp org lain yg kena...